Khamis, 3 Mac 2011

Bab 1 Penyiasatan Saintifik

Tajuk ni bukan ada nota-nota yang perlu dihafal. Tapi lebih menjurus kepada langkah-langkah apabila kita membuat eksperimen. Sangat berguna apabila studens nak buat amali PEKA dan menyiasat hipotesis-hipotesis yang dibuat mengikut tajuk-tajuk lain dalam subjek Sains.

Mari kita tengok apa dia langkah-langkah yang perlu kita ikut tu,

1. Membuat Hipotesis

~ lebih kepada proses membuat pernyataan umum yang difikirkan benar tentang hubungan di antara pembolehubah yang dimanipulasi dan pembolehubah yang bergerakbalas.



2. Mengawal Pembolehubah

~ ada 3 jenis pembolehubah yang mesti pelajar tahu.
* yang PERTAMA : Pembolehubah dimalarkan
* yang KEDUA : Pembolehubah dimanipulasi
* yang KETIGA : Pembolehubah bergerakbalas

 ~ Pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas biasanya dicatatkan dalam jadual.


3. Merancang Penyiasatan

~ Perkara yang perlu diambil berat semasa merancang penyiasatan ialah:
   * senarai bahan dan radas yang sesuai semasa menjalankan eksperimen
   * mengawal pembolehubah dimalarkan dan pembolehubah dimanipulasi


4. Menjalankan Penyiasatan

5. Mengumpulkan data

~ data daripada eksperimen dikumpul dan direkodkan dalam jadual

6. Menganalisis data


7. Mentafsir data

8. Membuat kesimpulan

Diringkaskan dan dimudahkan untuk calon-calon SPM, anda perlu mahir menulis esei dengan menghuraikan satu eksperimen yang lengkap mengandungi butiran berikut:

1. Mencadangkan satu hipotesis

2. Menulis tujuan eksperimen

3. Mengenal pasti pembolehubah

4. Menyenaraikan radas dan bahan

5. Menulis prosedur atau kaedah

6. Membuat penjadualan data

Contoh:

Tiada ulasan: